Sunday 21 September 2014

Kek Minyak❤


Resepi Kek Minyak



Resepi Kek Minyak

Bahan Kek Minyak ( 8x8inci / 9inci )



5 biji telur gred A

1/2 cawan gula halus / gula kastor

2 cawan tepung gandum*

1 sudu kecil baking powder* ( * diayak bersama )

1 cawan susu pekat

1 sudu besar ovallate

1 cawan minyak masak

Perasa dan pewarna kegemaran ( boleh letak perisa rose & pandan )

1 sudu teh esen vanila





 

Cara Menyediakan Kek Minyak

 


1) Panaskan oven dalam suhu 170'C.

2) Ayak tepung gandum bersama baking powder, ketepikan dahulu.

3) Lenser loyang kek dengan mentega, alaskan dengan baking paper.

4) Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang.

5) Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul lagi sekejap.

6) Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

7) Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.

8) Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti sendiri.

9) Bakar sehingga masak. Suhu bergantung kepada oven masing-masing. ( boleh bakar dalam suhu 170'C selama 45 minit api atas dan bawah )

10) Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan dihidangkan. :)








No comments:

Post a Comment