Wednesday 27 August 2014

Resepi Sup Ayam Special~



Penyediaan Sup Ayam Special






Resepi Sup Ayam Special adalah sup yang terbuat dari ayam, yang dicampur dengan berbagai bahan makanan lain. Sup Ayam Special merupakan resepi favourite hidangan keluarga, biasanya dihidangkan untuk orang-orang biasa dan orang yang menghidapi sakit deman dan mempunyai lemah-lemah badan.





Bahan-Bahan Sup Ayam Special ( 6-8 orang )



  • 1 ekor ayam potong 16 

  • 1 labu bwg merah 

  • 2 ulas bwg putih 

  • 1 inci halia 

  • Sebatang kulit kayu manis 

  • 4 kuntum bunga cengkih 

  • 2 kuntum bunga lawang 

  • 3 biji buah pelaga 

  • 2 biji kentang 

  • 1 batang lobak 

  • 1 mangkuk air panas baru masak 

  • Lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam 

  • Daun sup, daun bawang & bawang goreng




 

Cara-Cara Menyediakan Sup Ayam Special



  1. Rempah-rempah direndam dalam air panas menggelegak, biarkan sehingga air tersebut suam & toskan rempah-rempah tersebut. Air rendaman turut disimpan. 

  2. Bawang merah & bawang putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jangan sampai lumat. Lobak dipotong bulat-bulat anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6.

  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah-rempah yang telah direndam. Tumis sebentar. 

  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yang ditumis. Biarkan selama 10 minit.

  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air. 

  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda.

  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20 minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang.






~Irfan nak cerita sedikit kebaikan Sup Ayam ini kepada kesihatan tubuh badan kita. Pada tahun 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas Sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response) tubuh badan kita.

~Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan. Dalam satu kajian lain di Mount Sinai mendapati bahawa hidangan Sup ayam yang panas mempunyai banyak nutrisi, meningkat hidrasi dan membuka selera kepada pesakit yang mengalami deman dan selesema...  







Bagus bukan sup ayam special kepada tubuh badan kita?, bukan sahaja lazat tetapi banyak faedah untuk kesihatan kita^^






Apa lagi nyum nyum ler :)







2 comments:

  1. sedapnya.....boleh masak untuk makan malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sampai terangkat kak :)... Jangan lupa share dgn Irfan sket hehe..

      Delete