Tuesday 12 August 2014

Popia Inti Daging Burger


Hari ini tiba-tiba Irfan terasa nak makan Popia Inti Daging Burger ;)



Resepi Popia Inti Daging Burger











Bahan-Bahan Popia Inti Daging Burger



1 biji bawang besar dipotong dadu

3 biji bawang putih dicincang

4 keping daging burger dicincang halus

1 mangkuk besar sayur campur

3 sudu minyak masak

Garam secukup rasa

1 bungkus kulit popia yang kecil/besar-ikut suka








 

Cara Menyediakan Popia Inti Daging Burger


Mula-mula...

1- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Kemudian...

2- Masukkan daging burger yang telah dicincang halus. Gaul rata.
Lepas tu...

3- Masukkan sayur campur. Gaul rata dan tambahkan garam secukup rasa.
Akhir sekali...


4- Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk sebentar.


5- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.







Follower-follower blog buat kuih raya tahukan cara nak gulung popia?. Rasanya di plastik pembungkus kulit popia pun ada ditunjuk caranya. Tak perlu susah hati adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak. Senang jer. :D



Bila nak menggoreng pastikan minyak tak terlalu panas dan terlalu perlahan. Masa mula nak panaskan api tak apa panas. Bila nak masukkan popia perlahankan api sebentar. Kemudian masukkan popia dan kekalkan api pada tahap SEDERHANA sahaja. Bila dah kuning keemasan boleh diangkat. Hidangkan dengan SOS CILI LINGGAM. Perghhh... masyukkk..!! Yummyyyyy...









Selamat Mencubaaa....!!!



No comments:

Post a Comment