Monday 21 July 2014

Biskut Batang Buruk~


resepi batang buruk



Hai apa khabar semua??, diharapkan semua sihat sekali. Rasanya semua orang sudah tidak sabar nak menyambut Aidilfitri ni, betul tak?? hehe ;), dalam masa yang sama kita juga bersedih kerana beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan telah berlaku kepada negara kita baru-baru ini. Diharapkan kita terus berdoa dan akan ada penyelesaian yang terbaik kita akan perolehi... Sebelum Irfan terus pergi ke resepi Biskut Batang Buruk ni, Irfan ingin menceritakan serba-sedikit info mengenai biskut batang buruk ini. :)







 Resepi Biskut Batang Buruk



 
Nama kuih batang buruk datangnya dari rupa yang berbentuk batang pokok dan diselitupi dengan serbuk kacang hijau, ia seperti kelihatan kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk


Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa. Kuih batang buruk ini amat popular ketika musim Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.~ 





 


Bahan-Bahan Biskut Batang Buruk



600 gram tepung gandum

300 gram tepung beras

1 biji santan kelapa

600 gram kacang hijau

400 gram gula (kisar)

3 biji telur

Minyak untuk menggoreng






 

Cara Menyediakan Biskut Batang Buruk



1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.

2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.

3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.

4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.

5. Potong kecil dan goreng.

6. Setelah garing, angkat dan isikan di bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.






Siap Pun~, Mudah bukan.. ;)





No comments:

Post a Comment