Monday 9 June 2014

Resepi Choc Bread Pudding❣❣❣

Hi, apa khabar kepada semua follower2 blog kuih raya, harapkan semua sihat sekali^-^, hari ini Irfan ingin menunjukkan cara-cara menyediakan resepi Dessert iaitu Resepi Choc Bread Pudding.




Resepi Choc Bread Pudding






Sebelum itu, Irfan ingin menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan Dessert. Dessert ataupun nama lainnya ialah Pencuci Mulut merupakan hidangan yang perlu dihidangkan atau disediakan selepas menikmati hidangan berat. Ini kerana tanpa menghidangkan dessert, sesuatu menu itu selalunya boleh dianggap kurang lengkap.Dessert merupakan hidangan pencuci mulut yang terakhir selepas Appertizer/ Pembuka Selera, Soup, Sup dan Main Course/ Hidangan Utama.





JENIS-JENIS DESSERT



  • Dessert Sejuk– Pencuci mulut yang dihidang sejuk, antara contohdessert sejuk ialah jenis kek, puding, jeli atau agar-agar, mousse, ais krim, pan cake dan sebagainya.

  • Dessert Panas– Pencuci mulut yang dihidang panas, antara contohdessert panas ialah, puff pastry, pai, danish, pastry lapis, cookies dan sebagainya. 




     
    Okey, mari kita teruskan dengan Resepi Choc Bread Pudding ini~



    Resepi Choc Bread Pudding

     


    Sumber : linapg.blogspot.com




    Bahan A:

  • 6 keping roti sandwich (potong kecil-kecil anggaran 1cm) 

  • 2 biji telur A 

  • 3 sudu besar gula aising 

  • 1/2 cawan susu cair 





     
    Cara-Cara Menyediakan :


  • Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega.

  • Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit.

  • Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati.

  • Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 10-15 minit sahaja.

  • Setelah masak, ketepikan.


***blend suma bahan A pastu kukus seperti langkah-langkah di atas**







 
         Bahan B :

  • 7 gm agar-agar serbuk
      
  •   5 sudu besar gula pasir 

  • 400 ml air 

  • 1/2 cawan susu cair 

  • 4 sudu besar serbuk coklat 




     
    Cara-Cara Menyediakan :

  • Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur.

  • Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dengan api kecil.

  • Tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang tadi.

  • Sejukkan sebelum dipotong.







    Siap^^:)







No comments:

Post a Comment