Friday, 20 June 2014

Pisang Goreng Rangup~

Resepi Pisang Goreng Rangup



Bahan-Bahan Pisang Goreng Rangup



  • 10 biji pisang nangka - dibelah dua bahagian

  • 200 gm tepung goreng pisang jenama Adabi sedikit garam
     
  • 2 sudu besar mentega – dicairkan

  • 1 sudu teh sedikit soda bikarbonat

  • Secubit serbuk kunyit

  • Air secukupnya

  • Minyak untuk menggoreng






     

    Penyediaan Pisang Goreng Rangup



  • 1. Masukkan tepung goreng pisang adabi, sedikit garam serta soda bikarbonat ke dalam mangkuk sederhana besar.

  • 2. Kemudian,masukkan sedikit air dan mentega dan kacau sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

  • 3. Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak berlebihan supaya pisang boleh tenggelam ketika digoreng.

  • 4. Apabila minyak betul-betul panas, celupkan seketul pisang dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak.

  • 5. Angkat dan toskan..dan celupkan sekali lagi pisang dengan bancuhan tepung tadi (2 kali celup tepung untuk rangup ) Ulang sehingga habis.

  • 6. Goreng pisang hingga keemasan,angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang ketika masih panas.







p/s : Goreng kali pertama sekejap jer..kali kedua baru goreng sampai masak…2 kali celupan untuk pastikan pisang goreng anda rangup.


No comments:

Post a Comment