Friday 27 June 2014

Kuih Talam Cendol

Penyediaan talam cendol


Sempena bulan puasa yang tidak lama lagi, Irfan ingin mengucapkan Selamat Hari Puasa kepada semua penganut yang beragama Islam di blog kuihraya, seluruh dunia dan terutama sekali di negara tanah air kita. Semoga puasa tahun ini dapat dilaksanakan dengan baik dan diberkati. Ameen..:)






Sempena kedatangan bulan puasa ini, Irfan ingin menunjukkan cara-cara menyediakan Resepi Kuih Talam Cendol, khas untuk kesemua follower2 blog kuihraya :). Jangan lupa ambil kertas dan catit yer ;)





 

Resepi Kuih Talam Cendol


Sumber yatiememories.blogspot.com





Lapisan bawah


Bahan A


  • 200 gm tepung beras* 

  • 250 ml santan pekat*

  • 450 ml air* 

  • 1 s/b tepung jagung* 

  • 150 gm gula caster 

  • 1 s/k garam





Bahan B


  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan, ambil cendolnya je 





     

    Cara-Cara



  • Satukan bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.

  • Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut) 

  • Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. 

  • Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. 

  • Kukus selama 25 minit. 

  • Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.





Lapisan Atas


Bahan A


  • 300 gm gula merah 

  • 50 gm gula castor 

  • 500 ml air 

  • 2 helai daun pandan-saya tambah 





     

    Bahan B


  • 150 gm tepung gandum 

  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah 

  • 3 biji telur 

  • 250 ml santan pekat 

  • 1/2 s/k garam



Cara-Caranya


  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar 

  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati 

  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk 

  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)

  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit



Resepi talam cendol


Siap pun..







No comments:

Post a Comment