Sunday 1 June 2014

Black Pepper Chicken Chop~

resepi black pepper chicken chop






Source : Western food.blogspot.com/ my resepi


Bahan-Bahan Chicken Chop ( 2 orang )



  • *UNTUK DIPERAP


  • 2 paha ayam (kalau boleh debone kan, kalau malas, biar je tulang nye) 

  • 2 ulas bawang putih (cincang) 

  • 1 cm halia (cincang) 

  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 

  • 2 sudu besar sos cili 

  • 1 sudu besar sos tomato 

  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins 

  • 1 sudu besar kicap manis 

  • 1 sudu besar kicap masin 

  • 1 sudu besar sos tiram 

  • 1 sudu besar madu 

  • garam secukup rasa 





  • *SOS BLACK PEPPER* 


  • 1/2 botol sos lada hitam 

  • 2-3 sudu besar sos tiram 

  • 3-4 cendawan butang (cincang) 

  • 1/2 biji bawang besar (cincang) 

  • Garam dan gula secukup rasa 








    Cara Menyediakan Black Pepper Chicken Chop 



  • Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat diserap dengan elok. 

  • Selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yang sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. 

  • Balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jangan terlalu masak agar ayam tetap juicy). 

  • Lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos untuk dituangkan ke atas ayam yang dah siap. 

  • Tapi kalau rasa tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya seperti di atas.

  • Caranya dengan memasak bahan-bahan sos black pepper selama satu minit dan adjust kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa^-^






No comments:

Post a Comment