Sunday 6 April 2014

Pasta Goreng Nyum Nyum❤❤❤


cara buat pasta


Pasta ialah satu makanan ruji hidangan Itali tradisional, dengan rujukan pertama tahun 1154 di Sicily.
Pasta juga adalah makanan olahan yang dibuat dari campuran tepung, air, telur, dan garam yang membentuk doh yang boleh dibentuk menjadi pelbagai variasi saiz dan bentuk untuk menjadikan ia bertambah menyelerakan^^



  


Resepi Pasta Goreng 

  

 

Bahan-Bahan Pasta Goreng Nyum-Nyum



*500 gm pasta campuran

*300 gm daging ayam [kisar/cincang]

*1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]

*4 biji buah tomato hijau [potong dadu]

*1 biji cili capsicum merah [potong dadu]

*1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]

*1 labu bawang besar [potong dadu]

*1 cawan sayur campur frozen

*3 sudu cili sos

*1/2 cawan sos tomato

*garam

*gula

*minyak

*daun sup



 


Penyediaan Pasta Goreng




1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.

2. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.

3. Letakkan cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.

3. Masukkan semua sayuran. Kacau rata.

4. Rasakan garamnya dan tutup api.

5. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.





resepi pasta goreng


 Boleh cuba di rumah yer (>‿◠)✌





 





No comments:

Post a Comment