Friday 7 March 2014

Resepi Kek Coklat Mayonis

resepi kek coklat mayonis




Resepi Kek Coklat Mayonis


Sebelum ini Irfan pernah menunjukkan cara-cara membuat Resepi Kek Coklat. Untuk artikel Kek Coklat boleh klik di sini. Hari ini Irfan menunjukkan sesuatu yang hampir kurang sama, tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri. Resepi Kek Coklat Mayonis merupakan resepi daripada Kak Ummi. Thank you kepada Kak Ummni^---^

Bahan-bahan Kek Coklat Mayonis


  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan serbuk koko

  • 2 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh soda bikarbonat

  • 1 cawan mayonis

  • 1 cawan gula halus

  • 1 cawan susu pekat

  • 1 biji telor gred A/B (penambahan kalau tak buat pun takpe)

  • 1 cawan air panas

  • 3/4 cawan minyak masak

  • 1/2 sudu teh butter oil

  • 1/2 cawan kepingan badam hiris



     

    Cara-Cara Menyediakan


  • Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan
    .
  • Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (tambah telor sekaligus)

  • Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.

  • Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.

  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (Bakar selama 90 minit pada suhu 170'C, loyang 9''). Bakar 1 jam 15 minit pun dah memadai.




    cara buat kek coklat mayonis

Sila Share dan Like yer ;)

No comments:

Post a Comment