Wednesday 19 February 2014

Menyediakan Air Soya & Okara

Hi apa khabar semua?? Diharapkan semua sihat yer^^. Hari ini Irfan ingin menunjukkan kepada kalian semua (waah da macam orang Indonesia pula ;) ) hohoho, *kepada anda semua bagaimana untuk Menyediakan Air Soya Dan Okara. Ok pertama sekali apa yang perlu dibuat tuan-tuan, puan-puan, cik, encik, adik dan kakak ialah perlu menyediakan buku nota untuk mencatatkan resepi ini.








 Air Soya & Okara


Bahan-bahan ( 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dengan menggunakan 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah lagi.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api yang perlahan selama 10-15 minit (jangan terlalu kuat api nanti jadi kacang soya yang lain pula :P)
  3. Biarkan ia sejuk seketika. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Untuk pengetahuan anda Okara ni boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu. 





 Siap pun tadaaa!!! ;)



Okey di sini Irfan ingin menyediakan lebih info dan maklumat kenapa semua follower2 perlu mengetahui cara menyediakan air soya & okara ini. Firstly, follower-follower perlu tahu apa itu Kelebihan Air Soya>>>


Kelebihan Air Soya


1.  Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.



Kebaikan tempe dari kacang soya

tempe dari kacang soya


** Selain itu adakah anda pernah mendengar makanan tempe?? Untuk pengetahuan anda, tempe adalah makanan yang sangat bagus, diperbuat daripada ekstrak kacang soya dan berfungsi untuk mencegah kanser selain mengekalkan awet muda. Jesteru, masyarakat Indonesia selalu mengamalkan pemakanan tempe dan menjadikan ia sebagai makanan asas bagi mereka.

Ini kerana, kandungan bahan kimianya yang bernama isoflavone yang terdapat dalam tempe merupakan komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


 Haaa Amacam OK tak info dari Irfan ini?? Sambil kita menyediakan resepi kita perlu tahu juga sekali-sekala kebaikan daripada resepi yang kita sediakan ini untuk kesihatan kita juga hohoho ;). So apa lagi kepada semua follower-follower Irfan, boleh mulakan Menyediakan Air Soya & Okara ini sekarang juga, mudah saajaaa^^






No comments:

Post a Comment