Saturday 1 March 2014

Kek Span Pandan

cara buat kek pandan span


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x] 


     

    Cara Menyediakan Kek Span Pandan

     

    1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul sehingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.(terletak kepada kalajuan pengadun)

adunan kek



2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar-benar menjadi ringan.

3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan menggunakan senduk sehingga sebati.
resepi kek pandan

4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
cara buat kek pandan


5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek. Anggaran lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek menjadi kempis.
rupa kek pandan
 
6. Kek dimasak menggunakan kedua-dua api bawah dan atas. 

7. SIAP PUN^-^
kaedah buat kek pandan

Silakan Share dan Like yer )



Ops!!! Belum habis lagi jikalau follower2 buat kuih raya ingin tahu tepung dan pes pandan apa yang paling sesuai dan ideal digunakan dalam membuat Kek Span Pandan sila ke laman web ini coz ada penerangan selengkapnya tepung apa yang sesuai sekali digunakan. (Berhati-hati!! jikalau tersalah pilih tepung dan pes pandan yang tidak sesuai, akan menyebabkan kek Span Pandan tidak menjadi dan rosak.)



No comments:

Post a Comment