Friday 21 February 2014

Fruit Koktail


resepi fruit koktail


Pergh musim panas ler fuhhh!!! Musim panas ni memang best kalau kita dapat hidangankan sesuatu yang menyejukkan tekak macam apa yang ada kat bawah ni :P yummy yummy. Kalau terkena resepi ni mesti tekak sejuuk giler ler huhuhu...





Bahan-Bahan Fruit Koktail


1 tin susu cair.
 

3 tin air.
  
2 sudu besar tepung kastard.

2 sudu besar tepung jagung. 


1/2 tin gula.


secubit garam.

buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. Untuk makluman guna buah sahaja yer :) 
 
nata de coco - sejatkan airnya.

sumi jelly.

buah-buahan segar.




Cara-cara penyediaan


 
  • Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  • Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
  • Angkat periuk daripada dapur.
  • Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll.
  • Letakkan ketulan ais.
  • Sedia untuk dinikmati okey^^



Sumber : dapur-ummi.blogspot.com



No comments:

Post a Comment