Tuesday 25 February 2014

Ayam Masak Tomato

ayam masak tomato

Hai ahlan wa sahlan (selamat datang) kepada semua follower-follower blog buat kuih raya :). Hari ini mesti semua follower2 terkejut kenapa Irfan bercakap di dalam bahasa arab ni...huhuhu. Untuk pengetahuan semua follower2 sekarang ini Irfan sedang belajar bahasa Arab, kerana bagi Irfan bahasa Arab ini merupakan salah sebuah bahasa yang sangat indah dan mempunyai populasi berjuta-juta penduduk yang menggunakan. Malahan ramai ahli akademik yang menggalakkan kita untuk belajar bahasa Arab ini kerana mempunyai pontesi yang cerah untuk mendapat kerjaya yang lebih baik ;). Bukan sahaja bahasa inggeris & mandarin yang semakin mendapat buruan untuk belajar tetapi juga bahasa Arab.




Lihat sahaja di negara2 kaya seperti Dubai dan UAE mereka memang memerlukan pekerja-pekerja di negara asing seperti kita yang mampu bercakap di dalam Bahasa Arab, malahan mereka sanggup menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang sangat-sangat lumayan $$$ walaupun hanya bekerja di dalam office dan sektor-sektor biasa. 


Jikalau follower2 blog kuih raya berminat untuk belajar bahasa Arab dengan cara yang mudah, apa kata anda cuba beli buku kaedah belajar bahasa Arab yang mudah ini.  Kaedah yang digunakan sangat mudah dalam belajar bahasa Arab dengan cara yang simple dan berkesan bagi seorang beginner macam Irfan dan follower-follower buat kuih raya. Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini.





Okey hari ini Irfan ingin menunjukkan kepada semua follower2 bagaimana untuk memasak Ayam Masak Tomato. Baru-baru ini Irfan sempat pergi ke sebuah kedai dan melihat tukang masak itu menyediakan Ayam Masak Tomato, Irfan bau aromanya fuhhhhh memang sangat menyelerakan. Disebabkan ada berapa hal yang tidak dapat dielakkan Irfan tidak sempat untuk menikmatinya. Jadi hari ini Irfan ingin menunjukkan cara-cara memasak Ayam Masak Tomato ini dengan cara yang mudah. (Dapat juga Irfan membalas peristiwa hari lepas tu :P)


Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu cili boh
  • 4 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili hijau - dimayang
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • air secukupnya



    Bahan ditumbuk :
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia


Cara cara Menyediakan

  1. Ayam digaul dengan kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian goreng hingga separuh masak. Apabila Ayam tersebut sudah separuh masak, angkat dan letakkan di atas pinggan.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika perlu. Terpulang nak kuah banyak mane.
  4. Masukkan ayam, sos tomato dan sos tiram. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato dan kacau lagi.
  6. Biarkan panas seketika, kemudian bolehlah tutup api.
  7. Siap untuk dihidang :)

    resepi ayam tomato

Kalau nak letak baked beans pun boleh terpulang pada setiap individu, tetapi jangan pula letak biskut chipsmore nanti lain pula orang lihat hohoho^^

No comments:

Post a Comment