Friday 12 July 2013

Cara Buat Biskut Sarang Semut


cara buat kuih sarang semut


Hari ini Irfan rasa x sedap hati jer...tak tau ler kenapa tiap-tiap hari jadi begini...Mungkin ada orang


nak beri Irfan kuih sarang semut hehehe...Untuk pengetahuan follower2, Irfan merupakan pengemar kuih sarang semut ini sejak dari azali lagi..Mesti x miss punya nak makan ketika raya, kalo takde mesti cari sampai dapat huhuhu....Hari ini Irfan nak tunjukkan kepada anda Cara buat biskut sarang semut yang mudah..Sila ambil pen dan pemadam yer...eh silap pen dan nota bukan pemadam yer...

Bahan-bahan Buat Biskut Sarang Semut ( 60-100 biji )

  • 250 gm butter
  • 1/2 gelas gula
  • 1/4 gelas tepung jagung
  • 2 1/2 biji kuning telur
  • 2 1/2 gelas tepung gandum
  • 1 tea spoon esen vanila
  • coklat rice utk hiasan

Cara-cara Buat Biskut Sarang Semut

  1. Butter dikembangkan bersama gula
  2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh.
  4. Sagat tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau)
  5. Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak. 


Sudah siap....
 Jangan lupa membuka plastiknya ketika makan yer...:p


bahan-bahan kuih sarang semut


Cara Buat Biskut Sarang Semut

2 comments:

  1. assalam encik..
    saya nak tanya kalau guna tepung kastad boleh x?
    saya guna tepung kastad jadi keras la pulak lepas bakar.
    ada cara tak untuk lembutkan seperti biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu tepung kastard boleh digunakan di dalam Biskut Sarang Semut ;). Saudari perlu mix (campurkan) antara tepung kastard bersama-sama dengan tepung gandum ketika menguli, uli hingga menjadi doh lembut. Saudari boleh gunakan 350 gram tepung kastard dan 50 gram tepung gandum. ;)

      Delete